20090921

Salam Aidilfitri ...

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN !

Taqaballahu minna waminkum .. ja'anallahu wa iyyakum minal aidin wal faizin



*takde mood nak update blog,twitter,fb*

doa'kan saye selamat sampai di bumi ostolya & selamat di sane...


mood : bored
music:GO YOO JIN-Because I Am A Fool

20090915

rapek rapu

Banyaknye mende nak kene buat .... banyaknye mende NAK buat tapi TAK terbuat2 sbb ske tanggoh.. Asek2 kate after raye after raye.. Malangnye, raye dah takde kat sini, takleh online.. pastu after raye teros bkk u. Adoiyai ~

Nak list out kat sini kang tak best lak...tapi tak terlist2 kat notepad... NAK LIST OUT PON MALAS!

Adoi adoi adoi ~

하.하,하.
지용시 주세요... la la la

Cane nih.... tak tgk....dapat thn....dah stat tengok...takleh tahan...........
ssh.... bln ramadhan sepatotnye tahan nafsu.
Mmg dapat thn nafsu..tapi kalo dah mule...Bismillah pon lupe.
Eh...blh ke Bismillah? Jadi cam cite Syurge Cinte lak nnt.

Itulah internet... takleh wat pape.. tanak click, terclick gak.. Dari iREALViPs, masok ke iBIGBANG, masok ke me2day (walopon tak brape paham , bace je gheti), masok lak sume sume i- ni.. pastu miss miss jaejoong, bantai cassiopiea lak.. ape lagi? ah sume la...



saba je la ....


ape aku merepek? ntah~
nape aku slalu sorang2 ni? tula ..sape soh mak namekan AZLIN~

got it? Azlin? Keseorangan? Nurul Azlin = Cahaye keseorangan.. ade baek ade tak baek..tak baek camni la..


Adoi.... back to things-need-to-be-done...
I shoulda write them down...

Hello hello?
K *only for me to read...try it* , makeanewlayout,newicons,newheader,newcolors,leadershipassignments,ungsassignments,anygraphics,getreadyforraye,putlotsaapplicationsonpage,etc

tgk..malas blk....



aku meng-randomize lagi ni.. ape lagi nak ckp....

takde dah kot..dah banyak space gune... membazer page je..

AH!
BERSELERAK LA PAGE AKU NIH!


mood : blank
music:GDRAGON-Korean Dream

20090913

Mencari LailatulQadar

Ramadhan merupakan bulan yang sangatlah mulia di sisi Allah dan juga Rasulnya. Dalam bulan ini juga, Al-Quran diturunkan untuk dijadikan hidayah dan panduan umat manusia.

Allah berfirman ;
“Ramadan bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza
(antara yang hak dan yang batil).”

Al-Baqarah ayat 185


“Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan.” Al-Qadr ayat 1

Jelaslah melalui kedua-dua ayat berkenaan malam lailatul qadar itu pada Ramadan yang menjadikan bulan mulia ini ditunggu-tunggu oleh orang yang beriman untuk bertaqarrub kepada Allah demi menemui malam itu.

“Dan tahukah kamu, apa malam qadar itu? Malam qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, malaikat dan malaikat Jibril turun dengan izin Tuhan untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai fajar terbit.”
al-Qadr ayat 2-5


Demikian mulianya malam qadar itu. Sesiapa menemuinya dianggap insan yang beroleh keuntungan kerana segala amal ibadah sepanjang malam berkenaan akan diberikan ganjaran pahala melebihi malam lain.

Oleh itu, kita mesti berusaha bersungguh-sungguh mencari malam qadar secara konsisten sepanjang Ramadan. Tidak perlu menunggu sepuluh malam terakhir baru hendak bersungguh-sungguh beribadah sedangkan malam sebelumnya kita sambil lewa saja.

Jika hal itu terjadi, kesungguhan kita tidak ditemukan Allah kepada lailatul qadar. Ini kerana lailatul qadar untuk orang beriman, bertakwa dan beramal ibadah secara konsisten sepanjang Ramadan dan bulan sebelumnya.

Oleh itu, sebagai memenuhi hasrat dan keinginan untuk menemui malam lailatul qadar itu, kita mesti sentiasa melaksanakan amal ibadah dengan kekuatan hati tanpa mengira sama ada di awal, pertengahan mahupun di akhir Ramadan. Yang penting kita berazam dan terus menunaikan semua ibadah fardu dan sunat dengan keyakinan padu demi mengharapkan keredaan Allah.

Anas r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Pada malam al-Qadar, Jibril a.s turun diiringi malaikat lain sambil memohon rahmat dan menyampaikan salam kesejahteraan bagi setiap hamba yang sedang berdiri atau duduk sambil berzikir.”

Dalam mencari malam al-Qadar, kita perlu meneladani apa yang ditunjukkan Rasulullah kepada kita.

Menjelang sepuluh terakhir Ramadan, Rasulullah berjaga sepanjang malam untuk beribadah dan membangunkan semua anggota keluarganya. Baginda membangunkan keluarganya untuk bersolat pada malam sepuluh terakhir sedangkan baginda tidak berbuat demikian pada malam sebelumnya.

Dalam sebuah hadis diriwayatkan Abu Dzar r.a sabda Nabi, “Bahawasanya Rasulullah melakukan solat bersama mereka (para sahabat) pada malam dua puluh tiga (23), dua puluh lima (25) dan dua puluh tujuh (27) dan disebutkan bahawasanya baginda mengajak (solat) keluarga dan isteri-isterinya pada malam dua puluh tujuh (27) saja.”

Inilah bukti Rasulullah sangat mengambil berat mengenai solat pada malam sepuluh terakhir Ramadan. Sebagai umatnya kita wajar mencontohi Rasulullah dalam menghidupkan sepuluh malam terakhir Ramadan dengan aktiviti ibadah.

Ibu bapa sepatutnya memberi contoh terbaik kepada anak bagaimana cara terbaik memanfaatkan peluang keemasan sepuluh malam terakhir Ramadan untuk menemui lailatul qadar.

Dengan ibadah berterusan tanpa jemu dan penuh tawaduk kepada Allah kita pasti menemuinya. Mengapakah kita perlu bersungguh-sungguh mencari malam al-Qadar itu? Malam lailatul qadar adalah malam pintu langit dibuka, doa dikabulkan dan segala takdir yang terjadi pada tahun itu ditentukan.

Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud, “Barang siapa mendirikan solat pada lailatul qadar kerana iman dan mengharapkan pahala daripada Allah nescaya diampunkan dosanya yang lalu.’ (Hadis riwayat Muttafaq ‘alaih).

Langkah terbaik untuk memenuhi malam sepuluh terakhir Ramadan ialah dengan menunaikan solat, membaca al-Quran, berzikir, berdoa, beristighfar dan bertaubat dengan tulus ikhlas.

Formula Imam Al-Ghazali :

Jika awal Ramadan jatuh pada Ahad atau Rabu maka malam lailatul qadar dijangka berlaku pada malam ke-29 Ramadan. Jika awal Ramadan jatuh pada Isnin, malam lailatul qadar diramal pada malam ke-21. Jika awal Ramadan itu jatuh pada Selasa atau Jumaat, malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-27 Ramadan.

Jika jatuh pada Khamis pula, malam lailatul qadar dijangka pada malam ke-25 Ramadan, manakala jika awal Ramadan pada Sabtu, diramalkan malam lailatul qadar akan berlaku pada malam ke-23 Ramadan.


Demikianlah formula Imam al-Ghazali dalam memandu kita mencari malam lailatul qadar. Namun, yang lebih penting ialah jika sepanjang malam Ramadan kita penuhi dengan amal ibadah, sudah pasti malam lailatul qadar menjadi milik kita kerana setiap malam kita isikan dengan pelbagai menu Ramadan berupa amal soleh.

Sebagai mukmin mengharapkan keredaan Allah, seharusnya kita mempergunakan sebaik mungkin Ramadan lebih-lebih lagi pada sepuluh hari terakhir.

Daripada Jabir r.a Rasulullah bersabda yang bermaksud, “Apabila tiba malam terakhir Ramadan, menangislah langit, bumi dan para malaikat atas musibah yang menimpa umat Muhammad. Seorang bertanya, Ya Rasulullah, musibah apakah itu? Rasulullah menjawab, Perginya Ramadan kerana sesungguhnya doa di waktu itu dikabulkan, sedekah diterima, kebaikan dilipatgandakan dan azab ditahan.”

Oleh itu, marilah kita berusaha bersungguh-sungguh pada malam sepuluh terakhir Ramadan mudah-mudahan kita dipertemukan dengan malam penuh berkat itu. Insya-Allah.


SOURCE : myMetro

20090909

Kisah 17 Ramadhan

Post Nuzul Quran ni lambat sket..

"Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini, kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada tuhan mereka untuk
dihisab & menerima balasan."

(Al-An'am, 38)


Al-Quran itu Hidayah, Syifa', petunjuk bagi umat manusia. Tiada satupun yg tiada dlm Al-Quran.

**************************************************************************

Selain Nuzul Quran, ada beberape lagi sejarah yg perlu kite ingat yg berlaku pada 17 Ramadhan .....

Pembunuhan Saidina Ali R.A
Wasiat Saidina Ali R.A kepada anak-anaknya, Hasan & Husain

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ini adalah wasiat Ali bin Abu Talib. Dia nak saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. Dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya. Allah mengutuskannya dengan hidayah dan agama yang benar agar agama ini menang ke atas semua agama walau pun dibenci oleh orang-orang musyrik.

“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama.” (Al-An’am: 162-163)

Aku mewasiatkan kamu wahai Hasan, semua anak-anakku dan sesiapa sahaja yang sampai kepadanya wasiatku ini agar bertakwa kepada Allah, Tuhan kamu. Jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu Islam. Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Sesungguhnya aku mendengar Abu al-Qasim s.a.w. bersabda: “Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya.”

Lihatlah saudara mara kamu dan hubungkan diri kamu dengan mereka agar Allah meringankan hisabNya ke atas kamu. Demi Allah, Allah bersama anak-anak yatim. Jangan biarkan mereka lapar dan jangan cuaikan mereka. Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi s.a.w. terus menerus memberikan wasiat (agar berbuat baik terhadap jiran) sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta. Demi Allah, Allah bersama al-Quran. Jangan orang lain mendahului kamu di dalam mengamalkan al-Quran. Demi Allah, Allah bersama solat. Sesungguhnya solat adalah tiang agama kamu. Demi Allah, Allah bersama rumah Tuhan kamu. Jangan kamu asingkan diri dari rumah Allah selagi kamu masih hidup. Sesungguhnya rumah Allah jika ditinggalkan kamu tidak akan dipandang. Demi Allah, Allah bersama bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan adalah pelindung dari neraka. Demi Allah, Allah bersama jihad di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Demi Allah, Allah bersama zakat. Sesungguhnya zakat memadamkan kemurkaan Tuhan. Demi Allah, Allah bersama umat di bawah tanggungan Nabi kamu. Jangan kami menzalimi mereka di hadapan kamu. Demi Allah, Allah bersama sahabat Nabi kamu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kamu agar berbuat baik terhadap mereka. Demi Allah, Allah bersama golongan fakir miskin. Sertakan mereka di dalam kehidupan kamu. Demi Allah, Allah bersama hamba-hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya perkara terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah: “Aku berpesan terhadap kamu agar berbuat baik terhadap dua golongan yang lemah; isteri-isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki.”

Jagalah solat. Jagalah solat. Jangan kamu takut celaan orang yang mencela dalam menjalankan agama Allah. Cukup Allah bagi kamu untuk melindungi kamu dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap kamu dan melakukan perlampauan ke atas kamu. Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah ke atas kamu. Jangan tinggalkan amar makruf dan nahi mungkar. Jika kamu tinggalkan, orang-orang jahat akan menjadi pemimpin kamu dan ketika itu jika kamu berdoa, Allah tidak akan makbulkan.

Hendaklah kamu saling berhubungan dan bekerjasama. Jauhi dari khianat dan berpecah belah. Tolong-menolonglah di dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa. Jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat pedih azabNya. Moga-moga Allah memelihara ahli keluarga Nabi dan memelihara Nabi kamu. Aku tinggalkan kamu dan mendoakan kesejahteraan ke atas kamu. Moga-moga Allah akan merahmati kamu.

Saidina Ali R.A (Khalifah ke-4); dibunuh oleh Ibn Muljam di Kufah.

Ketika Ibn Nabbah, datang mengetuk pintu rumah Saidina Ali sambil melaungkan "Solat~! Solat~!" Saidina Ali pun keluar dari pintu rumahnya sambil melaungkan "Wahai Manusia! Solat! Solat!" Saat itulah Ibnu Muljam datang dan dengan pantas melibas pedangnya. Libasan pedangnya mengenai kening dan bahagian muka Saidina Ali sehingga sampai ke otak beliau. Saidina Ali bertahan selama 2 hari iaitu hari Jumaat dan Sabtu. Saidina Ali wafat pada malam Ahad. Jenazah beliau dimandikan oleh Saidina Hasan, Saidina Hussin dan Saidina Abdullah bin Ja’far dan disolatkan dengan diimamkan oleh Saidina Hasan

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau membaca

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az-Zalzalah: 7-8)



**************************************************************************

Perang Badar

PADA : Tahun ke-2 Hijrah = 13 Mac , 624 Masihi
Selama 4-5 jam
TENTERA : 13oo tentera ( tentera Islam dan musuh (Musyrikin Mekah) )

Perang Badar membuktikan kemenangan tentera Islam ke atas Kafir Quraisy

Firman Allah Ta’ala:

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

(Ali Imran: 123)

Badar menyaksikan pertolongan Allah kepada tentera Muslimin dimana 1000 malaikat yang berserban membantu para shahabat menghadapi tentera musyrikin. Tentera musyrikin kecundang & 70 tentera mereka termasuk panglima perang iaitu Abu Jahal (Amr bin Hisyam bin al-Mughirah) dan lain-lain pembesar Quraisy terbunuh, manakala 70 lagi ditawan oleh tentera Muslimin.



**************************************************************************

Haritu mlm Nuzul Quran, selepas terawikh ade ceramah siket. Ustaz tu ckp kite umat Islam adalah pemegang saham yg plg beruntung. Kite keluarkan saham, bermain saham ke jalan Allah. Lagi satu kite zaman sekarang beruntung sbb bulan puase, kite hanye perlu meahan diri dari lapar & dahage selaen daripada perkara-perkara terlarang. Zaman Nabi S.A.W, bagina dan sahabat-sahabat berperang. Malah mereka dibenarkan untuk berbuka puase.

Kite? baru sekerat hari dah tak tahan... eh ~ bkn saye... secare umom. haha ~ Papepun,

Selamat Bersahur,
Selamat Berpuase,
Selamat Berbuke,
Selamat Bertarawikh!


mood : calm
music:TAEYANG-My Girl

20090907

G-Ri again

Since I don't watch BB's clips for da mean time, I'll just look at da caps. Man GD, y must u change ur styles at time like this.





It'a GAHO!


No matter what .....
Tom(bong) still loves Jerry(baby) !


**************************************************************************


Caffe Latte mini concert (old ones)


Both of u look so good ... FO SHO!
Ri; who told u wearing sunglass can make u look so cool?


If I hafto choose between the one wearing sunglass n da one on screen, I would want both ~

*lol*




mood : crappy
music:BIGBANG-Number 1

20090906

Twitter is ALIVE

Da news bout how GD n Dara made Me2Day bcame famous makes me wanna create a Twitter for myself~ I usually don't get it how ppl like Twitter since it's just updating ur status ~ LOL ~! but .. o well ..... Most of my buds r there so ...

Twitter ~
HERE I COMEEEE ~~~


I'm sure I'll love it sooner. Like how I'm stuck here on blogspot. Sorry Myspace.. I've ignored u for so long ~ I'll get back to u when I'm ready ~ huhuhuhu..

**************************************************************************


>>>> G-DWIT DWITT ~~
*gonna call it dwit from now on*





Find ..... fool's only tears

OK..Youngsaeng. What have u done?
nothing nothing~
*la la la*
Who asked u to ignore me..
*la la la*
I'm still glad u'r still somewhere here.... *points to her heart*
The perfect mood for now is ...



**************************************************************************

I didn't mean to b in such manner.
I've never been in love
*I mean like.... seriously !......?! ~ haha*
*sigh~*
This is why I never liked to look at any translations.
Understand certain words; it is already enough for me.

BB's lyrics always caught me.
I just went through few old songs and
listen back to Seungri's 눈물뿐인 바.
Oh ~ He's da main reason y I love this song again.

Cause I’m so hurt and so angry
I didn’t want to believe it
Your two eyes and your lips is where I was living
Telling me to leave you now
How can you say that to me
I was so shocked that I let you leave

The memories of my love for you held me
Once happy words made me cry
Even before I had a chance
To ask you not to leave
You already turned and threw everything away
Even turning back the time that had passed
And giving all the pain that I gave you
If that only meant that you would stay with me
I’m content with that I’m content forever

Even if one day and one month passes, time is pointless
Even if I listen to your voice
Without being able to say a word
Saying that I’ll forget you to
How can I do that
My so very edgy heart
Please don't leave me baby

A stupid guy with only tears
Even if I stay like that
It’s impossible to forget you
I can’t do anything about that and every night
Again tears baby, come back to me please

Saying you’ll forget no way, I only think of you
That one picture I took with you
I can’t end it and I look at the picture instead
If it’s not you, I cannot love again
I don’t even want to and I just can’t
It can only be you now
Plz come back here

In a multitude of people
I was able to protect you I can live for you ma baby
Until now
My heart lost its way and the owner of my heart
Is only you ma lady
Without you I can’t breath
Come back to me girl
I miss you so much

Cuz you're ma love

Cuz I love you
I love you
Cuz I love you



mood : awake
music:SEUNGRI-A Fool's Only Tears

20090904

SS501 Malaysia Fanmeeting... what happened?

SS(five)(o)(ONE) or SS(five)(o)(NONE)?

What happened yesterday was like a dream ……
*exhausted*
Who were involved?
Hidayah-ee, Fatin, Farah-riddikulus


What a terrible day~ *speechless for 10 minutes*

2/9 Wednesday,
Farah told me on thursday there will be ss501 fanmeeting at One World Hotel around 6pm.

3/9 Thursday,
Sadly I have midterm exam at 3.30pm to 4.50pm. *shoot* I can’t skip. (ofcuz man).

Sejahat-jahat aku, aku tak sanggup ponteng sbb ape-ape pon bende jahat kite buat, baek kurangkan, dari banyakkan. Lagipun itu kelas terbaik, kelas Ustaz K _ _ _ _ _ ….. Sblm exam, gi tuka sticker baru, nak bodek pak guard nnt blk mlm… haha… Bersyukur sbb dpt concentrate jawab exam. Tolak ketepi SS jap .. *walopon harapan tok siap cepat tu ade terdetik time jawab exam*

So I finished around …… 4.35…? I think so. Apa lagi, went to da mosque for Asr prayer, n once again I was grateful, I could still concentrate… *yeke?* Ye ye.. betol2… cume pas bace do’a tu, cam … terlari lak.. sampai tersalah pakai sandal org. Dgn yakinnye sarung kaki kat sandal org, walopon tak muat, muatkan jugak. Lupe lak ptg tu pakai sport sandal~

*cut few scenes*

Bawak kete laju2 … Sdgkan stiap kali follow kete kelise biru KBM, 80km/j pon dah seram. Tapi time tu… cam dekat 200km/j …. ke? Ah..tah a.. But I was sure I could only imagine Youngsaeng in front of the front mirror. Like this ….




*………………………………………….*


Jam? OFCORRRSE!! Dah kol 5 kot.. Org blk keje. Saba je.. Naseb baik MP3 aku asek kua lagu yg menenangkan jiwe je. Aten lak yg cam kelam kabut… “Saba ten sabaaa” Ee cool je kat seat blakang~

Right when we arrived, Aten was like … “Waahhhh….RAMAIIIII~~”
I didn’t realize there were TONS of ppl behind the glass la ten... aishhh.... We knew we’re dead. Hopes were crashed once again when we found out the albums were sold out. Ulang-alik gi pintu utame, gi tempat berbares, dengan harapan ade album kat cerok mane2.. haha~ *siap bace qursi lagi* .... *dikire salah gune ke?*





Aten gelabah..die tak tau dlm hati aku lagi gelabah. Ee lak berator... kitorang still berharap nih ~ haha.... Sorry Aten, ko merengek kat situ, aku senyap je sbb aku ngah berdo’a! hahahha ~ Ade lak nak berharap dapat harapan jumpe. Stiap van yg lalu aku berharap diorang bawak kotak besar2 ade album dlm tu. Hati aku merengek “JOM BALIK!”
Tapi Aten ngan Ee nak tengok kat cerok pintu masok tu.

AHHH ~ PENDEKKAN lagi!

Eh jap.. nak cite gak satu part, Aku nampak org kerumun. Pastu nampak org hulur2 duet ! OH Ade org jual album lagi! Apa agi.. kuarkan duet sebanyak mungkin! Berharap jugak nak tgk muke penjual, tgh2…. Da 2nd Ajumma from TS (yg jual brg mahal2 sampai cekik darah) .. Oh … time tu jugak … aku tanak bli kat die.. kalo tuhan bagi, dapatla bli…kalo tak bli pon aku rase bersyukur. Sbb nak bagi duet kat die? Aku berharap sangat jgn time tu. Albums with white card were sold out again. Sedeh & bersyukur dlm satu mase. *pelek*

OK…. Soooo……… *nak cube pendekkan* nampak lah beberape ketol org kua dari pintu utame tuh. Oh fansigning has started. Ah.. tak dpt jumpe.. gi kat diorang je.. Yg tak kenal dibuatnye kenal.. Approach sume org, search for whoever got Youngsaeng’s signature.. Carikkan Aten & Ee Hyungjoon & Kyujoong nye... Took pictures ~


Youngsaeng's

Hyungjoon's
*bak kate fan pakai baju pink.. "Baby I Baby I!"*

Kyujoong's
*Yg lagi sorang fan lak... tak kenal Kyujoong mane satu..
"Ntah~"
tunjok gamba kat album tanpe rase berasalah.. *
-______________-'''''''''''''''''

I realized how humble n nice all SS501 fans are. Though there were some who were not their fans, who went just to take our places! *u should have stayed at home and help ur mum to prepare dinner !!!* U didn’t even know the names, u shouldn’t be there man ….. I bet u only know Hyunjoong cuz of Jihoo sunbae. Aish ~

GDathetic! *pathetic *

Oh…. Just when I gotto hold the album with Youngsaeng’s sign, I was relieved. But when they said how cute Youngsaeng was, I fell down unconsciously.

…………………………………………


Apa blh buat ..... Wonbin ritu tak dpt jumpe… Halangan org tue … Dapat VIP pass pon tak dpt jumpe.. haha~ this time …. Aku tau, Allah saying aku …*ngengenge* Ade hikmahnye.. Sape tau ape aku akan buat kalo aku jumpe diorang sume tuh? Haaaa... kan kan ~ Time FT siap bawak glove .. HAHA *gile* konon2nye leh ‘jage’....

While waiting for the fansigning event to start, I kept telling myself there must be reasons to all this. I’ve said I’mma try to avoid all this haram things? Yes, Allah protected me. He knows me better.

FO SHO! *bak kate GD*


This is for Aten & Ee. We didn’t get to meet, but we went. We were still lucky… Aku bawak korang gi jumpe artis korea ni..ske tak ske tak? hohoho ~ Aku ingat dpt a kasi korang jumpe..leh epi sesame.. haha ~

Oh n C.. I got a CD .. *playing it right now *hahaha~ Someone found it n gave it to me… Even though it’s just a CD without its cover n da signature, still get something. There are a lot of scratches everywhere, but it works fine! Haha~

Ade hikmah kan kan kan ~ haha.. N …. We saved our money. God saved us. He loves us!!
And… what's more.. we got da chance to break off our fast at Ikea ~ *but it’s still sad that we missed tarawikh………*



Dapat mkn roti Aten penat2 buat kan? Walopon keje ko sapu kaye je. *siket tapiiiii* Mkn kurma aten bawak.. *KURMA SEDAP! Lembut berkrim!*

Sedeh pon sedeh.

Kecewa juge kecewe.

Geram juge geram…



lagi skali aku ckp.. ADE HIKMAH! La la la~
Aku sebena2nye mmg takde pon nak sangat2 album SS501 sbb ..... tah ~ sbb dah de album len... haha... so bile tak dpt aku tak rase pape sangat.. cume.. muke Youngsaeng tak dapat kutatapi ~ haha.....

Penyakit Ee lepas kejadian, die asek tangkap gamba sendiri gune henpon baru die tuh. Pelek gak.. sbb die tak camtu.. HAHA ~ Parah tu Ee….. Takpe, ko dpt bli pendrive baru 4G, aku dpt bli USB port… Aten tak dapat bli baju tapiii.. Sorry Aten~~~


Oh Farah.. I’m happy for u.



U even got Youngsaeng’s!
I didn’t mind u shook hands with him. I wouldn’t mind if u hug him. But plz no kiss kiss ~

JAGE TANGAN! JGN CEMARKAN! If 2pm come, use ur other hand! Hahaha~ kejam tak kejam tak… TAK! Ko tau, aku rase nak bawak baju melayu yg aku bli tok Dongbang tuh! HAHA ~ Ntah sape tah aku nak kasi baju melayu 5 5 tuh. Bigbang kah? HAHA ~ OH ~! Ko tauuu….aku enggak mau BB datangggg…… takpe la kite kumpol duet gi sane kan kan kan… Haha ~ confirm lagi ramai dari SS. Ni SS ni sbb Hyunjoong a ni.. aish ~ Kalo die tak kuakan cite tu lagi, mesti ko leh dpt sign die kan kan kan~ papepon.....
Youngsaeng is still DA BOMB!



*listening to my girl…..*
“You’re my everything my girl..my girl my girl …. “ YoungSaeng


Aku gi sane berharap sangat sbb aku tau..confirm2lah Youngsaeng tu tak ramai peminat ~ wahahaha… Kalo tak dpt Youngsaeng aku sanggop gi kat Jungmin! *tapi nak Youngsaeng gak....*
Youngsaeng ‘suci’ cam Massu… sbb tu aku rase tenang siket ~ *tenang ke?*

Tenang a kot.. bawak kete tenang je… hepi lak tu.. haha


gile ke.. aku tak pernah seumo hidop aku tangkap gamba dlm kete...time bawak kete...
Sume Atennye keje ......


Tapi …balik2.. kaki saket………………………………………………………. padan muke...


SS501 mode....
*credit on links*

SS501 @ Kota Kinabalu Airport - Going Back to Seoul

********************************************







**************************************************************************


Semenjak 2 menjak ni … mood naek turun. Lari dari tema blog …. Which is always b happy no matter what. Ah.. apa mau buat.. aku tetap manusie biase yg maseh berperasaan.

Lastly, tak dapat di dunia sementara, insyaAllah dapat di rumahNya yang kekal abadi. Semue bende ade hikmah. Allah tak buat sie-sie.

Ni blh kite aplikasikan untuk buah ……………………….. jap…lupe la.. kene tgk buku tenage pengajar ……………….. *peneraju2 warisan mutlak je paham....*



mood : blah
music:BIGBANG-Until Whenever

20090902

Nasib Anak Katak …….

TAJUK
Nasib Anak Katak

PELAKON
Anak Katak, Ibu Katak, Bapa Katak, Si Arnab, Si Kancil, Si Ular, Sekolah Anak Katak


Pada suatu hari, Anak Katak mengajak Ibu Katak dan Bapa Katak ke sekolah untuk menghadiri satu majlis perjumpaan bersama guru-guru di sekolahnya. Memandangkan Ibu katak dan Bapa Katak amat prihatin terhadap pengajian anak mereka, mereka pun hadir ke majlis tersebut. Mereka bercadang untuk bertemu dengan Si Arnab, guru pengajaran lukisan dan Si Kancil, guru pengajaran sains. Sebelum berjumpa dengan Si Arnab dan Si Kancil, Ibu Katak dan Bapa Katak pergi ke pejabat sekolah Anak Katak dahulu. Di sana mereka berjumpa dengan Sang Ular yang berurusan dengan sebarang masalah ketika pengajian. Di sana Ibu Katak dan Bapa Katak meluahkan rase kekesalan terhadap pihak sekolah Anak Katak kerana sikap malas dan lembab dalam menjalankan tugas sehingga menyusahkan pelajar-pelajar sekolah berkenaan termasuklah Anak Katak. Ibu Katak hampir meletup tetapi Bapa Katak cuba menenangkan Ibu Katak.

Setelah semua selesai, Ibu Katak dan Bapa Katak bertemu dengan Si Arnab. Ibu Katak dan Bapa Katak sekali lagi meluahkan perasaan mereka dengan mengatakan kelemahan pentadbiran sekolah menyebabkan pengajian Anak Katak tergendala. Oleh kerana Si Arnab menjawab semua soalan dengan yakinnya, Ibu Katak tidak dapat berkata apa, sebaliknya Bapa Katak pula bersuara. Ibu Katak juga memanggil Anak Katak agar bersemuka dengan Si Arnab. Tanpa perasaan takut malah geram, Anak Katak pun dengan segera ke tempat Si Arnab, Ibu Katak dan Bapa Katak berjumpa.

Di sana, Anak Katak cuba untuk melawan dan menundukkan Si Arnab yang bercakap besar itu. “BERJAYA!” Jerit Anak Katak setelah semua soalan dan jawapan Si Arnab dapat dijawabnya dengan yakin dan tanpa perasaan takut sehingga Si Arnab tidak dapat berkata apa-apa. Tetapi walaupun Anak Katak bertindak demikian, semue perkara sudah pun terjadi. Penyesalan boleh dibuat, tetapi masa tidak akan berpatah balik.

Memandangkan pertemuan dengan Si Arnab menjadi, mereka tiga berkatak pergi pula berjumpa dengan Si Kancil. Anak Katak tahu Si Kancil berhati lembut. Jadi Anak Katak menyarankan agar hanya Ibu Katak dan Bapa Katak sahaja bertemu dengan Si Kancil. Setelah beberapa minit perjumpaan, Anak Katak dipanggil lagi sekali untuk masuk ke pejabat Si Kancil pula. Di sana, Anak Katak bercakap dengan lembut tanpa melawan kerana Si Kancil juga berasa sedikit kekesalan terhadap pihak sekolah yang bercakap tak serupa bikin. Perasaan Anak Katak tetap sama. Walaupun sudah puas meluahkan perasaan namun masa tidak akan berputar semula.
Anak Katak berasa kasihan melihat Ibu Katak dan Bapa Katak. Sebelum ini, Anak Katak pernah berhubung dengan pihak sekolah tapi tidak diendahkan. Sebelum ini juga, Anak Katak pernah mengatakan mengatakan keinginannya berbuat sesuatu terhadap sekolahnya di sesarang bukumuka Anak Katak sendiri. Tetapi memandangkan masih ada seseorang seduaorang, setigaorang di dalam, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya boleh bersabar.


Sabarlah ye Anak Katak.

PENGAJARAN DARIPADA CERITA INI :
1. Dugaan itu datang daripada tuhan. Tetapi memang sifat manusia, hambaNya yang lemah ini untuk berasa marah, kesal dan geram terhadap segala benda yang sudah terjadi.
2. Kesal kemudian tiada gunanya. Jadi kalau geram, segeralah luahkan supaya tidak menyesal buat kali kedua.

3. Beranikan diri untuk membuat segala hal. Tapi jangan sampai memalukan diri.

4. Jangan menyusahkan ibu bapa. Kasihanilah mereka.

5. Jangan masuk sekolah Anak Katak kerana percayalah, ANDA AKAN TERSEKSA!


mood : annoyed
music:GD-Station 1 Year