20090909

Kisah 17 Ramadhan

Post Nuzul Quran ni lambat sket..

"Tiada kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini, kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada tuhan mereka untuk
dihisab & menerima balasan."

(Al-An'am, 38)


Al-Quran itu Hidayah, Syifa', petunjuk bagi umat manusia. Tiada satupun yg tiada dlm Al-Quran.

**************************************************************************

Selain Nuzul Quran, ada beberape lagi sejarah yg perlu kite ingat yg berlaku pada 17 Ramadhan .....

Pembunuhan Saidina Ali R.A
Wasiat Saidina Ali R.A kepada anak-anaknya, Hasan & Husain

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ini adalah wasiat Ali bin Abu Talib. Dia nak saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. Dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya. Allah mengutuskannya dengan hidayah dan agama yang benar agar agama ini menang ke atas semua agama walau pun dibenci oleh orang-orang musyrik.

“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama.” (Al-An’am: 162-163)

Aku mewasiatkan kamu wahai Hasan, semua anak-anakku dan sesiapa sahaja yang sampai kepadanya wasiatku ini agar bertakwa kepada Allah, Tuhan kamu. Jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu Islam. Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Sesungguhnya aku mendengar Abu al-Qasim s.a.w. bersabda: “Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya.”

Lihatlah saudara mara kamu dan hubungkan diri kamu dengan mereka agar Allah meringankan hisabNya ke atas kamu. Demi Allah, Allah bersama anak-anak yatim. Jangan biarkan mereka lapar dan jangan cuaikan mereka. Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi s.a.w. terus menerus memberikan wasiat (agar berbuat baik terhadap jiran) sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta. Demi Allah, Allah bersama al-Quran. Jangan orang lain mendahului kamu di dalam mengamalkan al-Quran. Demi Allah, Allah bersama solat. Sesungguhnya solat adalah tiang agama kamu. Demi Allah, Allah bersama rumah Tuhan kamu. Jangan kamu asingkan diri dari rumah Allah selagi kamu masih hidup. Sesungguhnya rumah Allah jika ditinggalkan kamu tidak akan dipandang. Demi Allah, Allah bersama bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan adalah pelindung dari neraka. Demi Allah, Allah bersama jihad di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Demi Allah, Allah bersama zakat. Sesungguhnya zakat memadamkan kemurkaan Tuhan. Demi Allah, Allah bersama umat di bawah tanggungan Nabi kamu. Jangan kami menzalimi mereka di hadapan kamu. Demi Allah, Allah bersama sahabat Nabi kamu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kamu agar berbuat baik terhadap mereka. Demi Allah, Allah bersama golongan fakir miskin. Sertakan mereka di dalam kehidupan kamu. Demi Allah, Allah bersama hamba-hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya perkara terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah: “Aku berpesan terhadap kamu agar berbuat baik terhadap dua golongan yang lemah; isteri-isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki.”

Jagalah solat. Jagalah solat. Jangan kamu takut celaan orang yang mencela dalam menjalankan agama Allah. Cukup Allah bagi kamu untuk melindungi kamu dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap kamu dan melakukan perlampauan ke atas kamu. Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah ke atas kamu. Jangan tinggalkan amar makruf dan nahi mungkar. Jika kamu tinggalkan, orang-orang jahat akan menjadi pemimpin kamu dan ketika itu jika kamu berdoa, Allah tidak akan makbulkan.

Hendaklah kamu saling berhubungan dan bekerjasama. Jauhi dari khianat dan berpecah belah. Tolong-menolonglah di dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa. Jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat pedih azabNya. Moga-moga Allah memelihara ahli keluarga Nabi dan memelihara Nabi kamu. Aku tinggalkan kamu dan mendoakan kesejahteraan ke atas kamu. Moga-moga Allah akan merahmati kamu.

Saidina Ali R.A (Khalifah ke-4); dibunuh oleh Ibn Muljam di Kufah.

Ketika Ibn Nabbah, datang mengetuk pintu rumah Saidina Ali sambil melaungkan "Solat~! Solat~!" Saidina Ali pun keluar dari pintu rumahnya sambil melaungkan "Wahai Manusia! Solat! Solat!" Saat itulah Ibnu Muljam datang dan dengan pantas melibas pedangnya. Libasan pedangnya mengenai kening dan bahagian muka Saidina Ali sehingga sampai ke otak beliau. Saidina Ali bertahan selama 2 hari iaitu hari Jumaat dan Sabtu. Saidina Ali wafat pada malam Ahad. Jenazah beliau dimandikan oleh Saidina Hasan, Saidina Hussin dan Saidina Abdullah bin Ja’far dan disolatkan dengan diimamkan oleh Saidina Hasan

Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau membaca

“Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az-Zalzalah: 7-8)



**************************************************************************

Perang Badar

PADA : Tahun ke-2 Hijrah = 13 Mac , 624 Masihi
Selama 4-5 jam
TENTERA : 13oo tentera ( tentera Islam dan musuh (Musyrikin Mekah) )

Perang Badar membuktikan kemenangan tentera Islam ke atas Kafir Quraisy

Firman Allah Ta’ala:

وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ ٱللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ


Dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). Oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

(Ali Imran: 123)

Badar menyaksikan pertolongan Allah kepada tentera Muslimin dimana 1000 malaikat yang berserban membantu para shahabat menghadapi tentera musyrikin. Tentera musyrikin kecundang & 70 tentera mereka termasuk panglima perang iaitu Abu Jahal (Amr bin Hisyam bin al-Mughirah) dan lain-lain pembesar Quraisy terbunuh, manakala 70 lagi ditawan oleh tentera Muslimin.



**************************************************************************

Haritu mlm Nuzul Quran, selepas terawikh ade ceramah siket. Ustaz tu ckp kite umat Islam adalah pemegang saham yg plg beruntung. Kite keluarkan saham, bermain saham ke jalan Allah. Lagi satu kite zaman sekarang beruntung sbb bulan puase, kite hanye perlu meahan diri dari lapar & dahage selaen daripada perkara-perkara terlarang. Zaman Nabi S.A.W, bagina dan sahabat-sahabat berperang. Malah mereka dibenarkan untuk berbuka puase.

Kite? baru sekerat hari dah tak tahan... eh ~ bkn saye... secare umom. haha ~ Papepun,

Selamat Bersahur,
Selamat Berpuase,
Selamat Berbuke,
Selamat Bertarawikh!


mood : calm
music:TAEYANG-My Girl

No comments: