20090902

Nasib Anak Katak …….

TAJUK
Nasib Anak Katak

PELAKON
Anak Katak, Ibu Katak, Bapa Katak, Si Arnab, Si Kancil, Si Ular, Sekolah Anak Katak


Pada suatu hari, Anak Katak mengajak Ibu Katak dan Bapa Katak ke sekolah untuk menghadiri satu majlis perjumpaan bersama guru-guru di sekolahnya. Memandangkan Ibu katak dan Bapa Katak amat prihatin terhadap pengajian anak mereka, mereka pun hadir ke majlis tersebut. Mereka bercadang untuk bertemu dengan Si Arnab, guru pengajaran lukisan dan Si Kancil, guru pengajaran sains. Sebelum berjumpa dengan Si Arnab dan Si Kancil, Ibu Katak dan Bapa Katak pergi ke pejabat sekolah Anak Katak dahulu. Di sana mereka berjumpa dengan Sang Ular yang berurusan dengan sebarang masalah ketika pengajian. Di sana Ibu Katak dan Bapa Katak meluahkan rase kekesalan terhadap pihak sekolah Anak Katak kerana sikap malas dan lembab dalam menjalankan tugas sehingga menyusahkan pelajar-pelajar sekolah berkenaan termasuklah Anak Katak. Ibu Katak hampir meletup tetapi Bapa Katak cuba menenangkan Ibu Katak.

Setelah semua selesai, Ibu Katak dan Bapa Katak bertemu dengan Si Arnab. Ibu Katak dan Bapa Katak sekali lagi meluahkan perasaan mereka dengan mengatakan kelemahan pentadbiran sekolah menyebabkan pengajian Anak Katak tergendala. Oleh kerana Si Arnab menjawab semua soalan dengan yakinnya, Ibu Katak tidak dapat berkata apa, sebaliknya Bapa Katak pula bersuara. Ibu Katak juga memanggil Anak Katak agar bersemuka dengan Si Arnab. Tanpa perasaan takut malah geram, Anak Katak pun dengan segera ke tempat Si Arnab, Ibu Katak dan Bapa Katak berjumpa.

Di sana, Anak Katak cuba untuk melawan dan menundukkan Si Arnab yang bercakap besar itu. “BERJAYA!” Jerit Anak Katak setelah semua soalan dan jawapan Si Arnab dapat dijawabnya dengan yakin dan tanpa perasaan takut sehingga Si Arnab tidak dapat berkata apa-apa. Tetapi walaupun Anak Katak bertindak demikian, semue perkara sudah pun terjadi. Penyesalan boleh dibuat, tetapi masa tidak akan berpatah balik.

Memandangkan pertemuan dengan Si Arnab menjadi, mereka tiga berkatak pergi pula berjumpa dengan Si Kancil. Anak Katak tahu Si Kancil berhati lembut. Jadi Anak Katak menyarankan agar hanya Ibu Katak dan Bapa Katak sahaja bertemu dengan Si Kancil. Setelah beberapa minit perjumpaan, Anak Katak dipanggil lagi sekali untuk masuk ke pejabat Si Kancil pula. Di sana, Anak Katak bercakap dengan lembut tanpa melawan kerana Si Kancil juga berasa sedikit kekesalan terhadap pihak sekolah yang bercakap tak serupa bikin. Perasaan Anak Katak tetap sama. Walaupun sudah puas meluahkan perasaan namun masa tidak akan berputar semula.
Anak Katak berasa kasihan melihat Ibu Katak dan Bapa Katak. Sebelum ini, Anak Katak pernah berhubung dengan pihak sekolah tapi tidak diendahkan. Sebelum ini juga, Anak Katak pernah mengatakan mengatakan keinginannya berbuat sesuatu terhadap sekolahnya di sesarang bukumuka Anak Katak sendiri. Tetapi memandangkan masih ada seseorang seduaorang, setigaorang di dalam, dia tidak dapat berbuat apa-apa. Hanya boleh bersabar.


Sabarlah ye Anak Katak.

PENGAJARAN DARIPADA CERITA INI :
1. Dugaan itu datang daripada tuhan. Tetapi memang sifat manusia, hambaNya yang lemah ini untuk berasa marah, kesal dan geram terhadap segala benda yang sudah terjadi.
2. Kesal kemudian tiada gunanya. Jadi kalau geram, segeralah luahkan supaya tidak menyesal buat kali kedua.

3. Beranikan diri untuk membuat segala hal. Tapi jangan sampai memalukan diri.

4. Jangan menyusahkan ibu bapa. Kasihanilah mereka.

5. Jangan masuk sekolah Anak Katak kerana percayalah, ANDA AKAN TERSEKSA!


mood : annoyed
music:GD-Station 1 Year



2 comments:

mak enon said...

ala da bace tp x phm mcm mane? haha lembab sungguh!

BoNG said...

Adoiyaiii ~ tak paham lak die~
ala...buat2 paham ` hahaha...