20090822

Ramadhan & satu kisah buat teladan

Renungan di bulan Ramadhan.....

Kisah perbualan seorang gadis yang kurang berpendidikan agama dengan seorang ustaz....


Dipendekkan cerita, satu penyiasatan tentang penutupan aurat telah dijalankan di beberapa permis di suatu kawasan nih oleh beberapa pegawai tempatan dan ustaz yg ditugaskan. Seorang gadis di satu tempat membeli-belah teah dikenakan denda kerana tidak menutup aurat. Apa dendanya, ana tak tau sbb tidak diberitahu. Bacelah perbualan seorang ustaz dengan gadis berkenaan;

USTAZ: ..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka...

Gadis ni mula2 diam...kemudian bersuara......

GADIS: Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?

Apa lagi.. terkejut la ustaz tu mendengar. Tak sangka, gadis tu boleh keluarkan pertanyaan yg sangatlah kurang ajar... Dah la dikeluarkan dari mulut ciptaan Allah. Allah tarik blk baru tau! Boleh rosak akidah gadis ni kalau tak diperingatkan.

USTAZ: Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?

Sekarang giliran gadis tu pulak terkejut. Percakapan yg datang dari Ustaz ni memang tajam!

USTAZ: ....perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Terkedu teros gadis tu......

USTAZ: Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?

GADIS: Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je..

Pandai pulak fikir ~

USTAZ: Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?

USTAZ: Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum.


Ha....ape komen? Fikir2kanlah.... Aku tak phm tol org ske cabar2 tuhan ni. Ingat kalo Allah tak cipte manusie ni.. manusie blh hidop sendiri? Hebat tu... Cube siket.. Amek paser ke tanah ke... baling dan jeret mantere "Jadilah ko manusie!!" .. cube tgk jadi manusie ke jadi hantu lepas tu.



Akhir kata... SELAMAT BERPUASA DI BULAN RAMADHAN YG MULIA ! InsyaAllah dengan izinNya, kita akan dapat berganda2 nikmat dan rahmatNya dari Ramadhan2 yg lepas, Amin! Sentiasa awasi LailatulQadar !

Senyum selalu walaupun berlapar.... HAENGBOK+KOUFUKU=*PEACE* !

1 comment:

hidhikariee said...

da tukar banner..rajennnn..BAGUSS BAGUSS..ramadan mubarak salammm..